Followers

Thursday, March 4, 2010

Indahnya wanita





Wahai wanita..jalan yang panjang terkadang melekakan. Hanyut dalam buaian keseronokan duniawi yang cukup indah pada pandangan zahir, tetapi hakikatnya tersirat pelbagai perangkap yang membawa padah. Ini adalah untuk mengingatkan para muslimah bahawa kecantikan diri adalah lahir dari kecantikan peribadi yang solehah..InsyaAllah..
Sebahagian besar wanita masa kini ingin menjadi cantik kerana mereka ingin setiap mata melihatnya dengan takjub dan kagum. Mereka ingin kehadiran disedari dan mampu meraih perhatian semua orang. Kecantikan yang perlu ada pada muslimah bukanlah kecantikan wajahnya, kemolekan tubuhnya dan pesona yang memancar pada dirinya. Kecantikan seperti itu akan meresahkan hati..
Tiada satu pun di dunia ini memiliki kesempurnaan begitu juga dengan kecantikan. Kecantikan diri tidak akan pernah mencapai kesempurnaan kerana pasti akan ada kekurangannya.
Kita tidak perlu tampil berlebihan, malah harus menjaga kesederhanaan dalam setiap perkara. tidak memukau hingga mata pemuda tidak mampu terpejam. Kita hanya perlu wajah yang sentiasa bersih. Wajah yang memancarkan kesederhanaan, ketenangan dan kesabaran. Itu yang terbaik..
Wajah yang dihiasi oleh cahaya keimanan , pasti akan menyerlahkan kecantikan semulajadi dan mampu meraih perhatian sesiapa sahaja. Lebih utama lagi kecantikan itu biarlah dapat meraih keredhaan dari Allah SWT, kerana perhatian Allah itu lebih besar manfaatnya berbanding perhatian manusia.
Wajah yang elok dipandang adalah wajah tanpa make up dan hiasan artivisual. Wajah yang asli dengan apa yang adanya, lebih menarik dan mampu menyerlahkan kecantikan semulajadi. Wajah yang demikian lebih menarik dan kelihatan cantik tanpa perlu bantuan gincu, bedak atau atau pensil alis sekalipun. Wajah polos demikian akan mempamerkan seseorang itu tampil sebagai muslimah sejati yang selalu memancarkan tenaga dan cahaya kesolehan. Hatta apabila bertemu setiap orang akan terpikat dengan ketinggian akhlak dan kehormatan yang terpancar daripada peribadi seorang muslimah yang melazimkan diri dengan perhiasan peribadi solehah.
Kita hanya perlu menjaga agar kurnia fizikal yang sempurna ini selalu sihat terpelihara. Memastikan kebersihan badan, wajah dan semua yang diamanahkan, itulah yang perlu dititikberatkan sebagai tanda kesyukuran kita di atas segala kurnia kita yang Allah anugerahkan seadanya..bersama kita saling meningkatkan peribadi seiring dengan tuntutan yang disyariatkan agar Keredhaan Allah dapat dicapai.. : )



Kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."